Alkisah, tinggallah seorang ayahanda dan anakanda nya di rumah yang tersergam nan indah..bonda nya kepergian ke tanah serendah sekebun bunga kerna ada urusan penting,katanya.. Ya,mestilah resepsi pernikahan sanak saudara,kan?
Arakian, bangkitnya amatlah lewat si dua beranak itu.. matahari sudah setinggi pokok nyiur.. perutnya berbunyi2 pula..laparnya mereka bukan kepalang.. shahibul hikayatnya, hanya bonda yang selalu menyediakan kudapan pagi..tapi,berbeda pagi nan xseberapa cerah ini..joong kata orang kelantan..
si ayahanda bertanya kepada anakandanya, "Nak, ada apa di dapur? perut bapak lapar ni..bapak sebenarnya udah kenyang.."
anakanda nye pun menjawab," bapak ni,macam2 aja.. kelihatan,ada ubi kayu ni pak di pokok sana.."
"Ha, kau rebus saja ubi kayu itu.. Nanti bapak kokok nyiur..kita buah cicahnya." ujar ayahandanya kepada anakandanya sambil turun ke tanah untuk mengambil nyiur tua..
"Baik,pak." Balas anakanda ringkas.
Adapun, ubi yang direbus itu siap, teruslah dihidangkan kepada ayahandanya.. Makanlah dua beranak itu akan ubi yang direbus anakanda nya..
"Nak, keras sungguh ubi ini..betul ke,kau dah rebus?" soal ayahandanya.
"Eh,sudah la pak. Sampai peluh keringat keluar ni." terang anakanda sambil menunjukkan peluhnya dibaju.
"Ya,santaplah.." balas ayahandanya.
Setelah perut menggendut kekenyangan, anakandanya mengundur diri mahu bertemu teman sekolah.
Bapanya pula seorangan dirumah.. berjalan terhuyung hayang sehingga tidak mampu melangkah lagi. "hadoi,aku makan ubi kayu ke gado tadi?" soal ayahandanya sendirian dan kepengsanandi situ jua.
Manakala,berjalanlah anakanda itu di tepi jalan.. Tidak semena2, matannya melilau2.. dilihat, banyak sekali kereta dijalan raya yang datang bersimpang siur di pandangan matanya..Akhirnya tersungkur anakanda itu ditepi jalan karena mabuk termakan gado yang disangkanya ubi kayu..
sekian,tamat la ceritera cathay keris production sendirian berhad.. thee~
p/s: gado ni sejenis ubi jugak. aku tataw nama dalam kamusnya apa.cuma kalau makannya,boleh menyebabkan kegatalan dan memabukkan jika berlebihan..