Saturday, February 14, 2009

menyampahnye...~~

KOTA BHARU: Lebih 90,000 pelajar semua institusi pendidikan kelolaan Mara akan diwajibkan mengikuti subjek Sejarah yang memberi penekanan terhadap pemahaman kandungan Kontrak Sosial serta Perlembagaan negara.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar, berkata langkah itu penting bagi memastikan pelajar kelolaan agensi itu memahami sejarah penubuhan negara dan kepentingan menghormati Perlembagaan, sekali gus mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum.

Beliau berkata, kurangnya penekanan dan pemahaman terhadap sejarah akan menyebabkan generasi muda lupa asal usul sehingga sanggup mengetepikan perpaduan kerana tidak sensitif terhadap hak kaum lain serta mudah dipengaruhi pihak berkepentingan.

"Kita mahu Sejarah dijadikan subjek tambahan yang wajib diikuti semua 90,000 pelajar kelolaan institusi pendidikan Mara. Mereka bukan saja perlu faham sejarah penubuhan Mara, malah memahami kandungan Kontrak Sosial dan keluhuran Perlembagaan.

"Jika tidak diberi penekanan, kita bimbang generasi muda tidak sensitif terhadap hak kaum lain... bukan Melayu perlu tahu kepentingan orang Melayu, begitu juga sebaliknya.

"Agak malang, sekarang ini orang Melayu sendiri lupa asal usul sehingga sanggup menderhaka dan melawan sultan yang menjadi tonggak kedaulatan negara serta payung kepada orang Melayu dan agama Islam," katanya selepas merasmikan Bangunan Asrama Oren 1, Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kampus Cawangan Kota Bharu, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Mara, Datuk Nam Marthinin dan Rektor KPTM, Datuk Dr Mohd Razali Agus. Pada majlis itu, Noh turut menyerahkan sumbangan warga KPTM berjumlah RM20,428.30 kepada Tabung NSTP Untuk Gaza kelolaan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) yang diwakili Pengurus Jualan Jabatan Pengedaran NSTP Kota Bharu, Saifuzzaman Jaafar.

Sementara itu, Noh berkata, kementerian berhasrat menaikkan taraf KPTM daripada kolej swasta kepada universiti dalam jangka panjang dan sebagai permulaan, usaha sedang dilakukan bagi membolehkan ia menjadi kolej swasta terbesar negara ini.

Katanya, KPTM juga akan menambah kampus cawangannya daripada tujuh kepada 14 di seluruh negara menjelang 2010 dengan jumlah pelajarnya dijangka meningkat daripada 13,000 kepada 20,000 tahun ini.

"KPTM juga akan membina kampus tetap di tanah milik Mara seluas 33 hektar di Pasir Puteh dalam tempoh terdekat dalam usaha meningkatkan kemudahannya berikutan jumlah pelajar yang semakin meningkat dalam pelbagai kursus profesional ditawarkan.

"Kita mahu menawarkan peluang kedua kepada pelajar Bumiputera yang keciciran daripada melanjutkan pengajian ke universiti dengan mengikuti kursus profesional dan usaha sama dengan universiti tempatan dan antarabangsa yang ditawarkan KPTM," katanya.

Sementara itu, Noh berkata, Mara kini bersedia menghadapi sebarang kemungkinan kesan kegawatan ekonomi global termasuk mengkaji pemberian pembiayaan dan pinjaman pendidikan serta penghantaran pelajarnya ke luar negara.

"Setakat ini, Mara tidak terjejas, tetapi kita akan berbelanja mengikut kemampuan, bila berlaku kegawatan ekonomi, sudah pasti kerajaan mengambil langkah berjimat cermat dan peruntukan kepada Mara juga mungkin dikurangkan, bagai-manapun operasi Mara masih seperti biasa," katanya.


Kenapa lah aku rase menyampah baca berita ni.. mungkin sbb perkataan yg aku highlightkan MERAH tu kowt..AMPESS!!~

5 comments:

Unknown said...

xkn la nk mempolitikkan kami warga kptm kowt..haiyya

Anonymous said...

wahahahhaa..
stj2..

Unknown said...

betul3..dulu suh isi akujanji xnk berpolitik,skrg,dorg nk wat politik pulak kat kolej..maknenye,membenarkan? gitu? haizz

Anonymous said...

alaaa..stndrd ar 2..
bile dah nak hancus, dowunk crik la saluran len..
cam peljar..
kn senang jerk kene kwl..
kan?
whahahahaha

Unknown said...

tapi,sesungguhnye,bukan semudah itu utk mengawal pelajar2..sekola renda bule lew..ahakz

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails