Sunday, March 28, 2010

Cerita Sedih Menyayat Hati

Baca Sampai Habis...cerita menyayat hati..



Atas saranan doktor, Mamat dihantar utk berubat di USA kerana penyakitnya yg agak kritikal. Sesampainya di Hospital New York,Mamat dibawa ke bilik bedah dan dipasang tiub getah kiri kanan.

Beberapa jam kemudian, seorang pesakit dari UK yg kelihatannya lebih parah dibawa masuk & diletak bersebelahan katil si Mamat. Si Mat Saleh ini walaupun kelihatannya lemah, dia masih mencuba
utk berkomunikasi dgn Mamat.

Dia mengangkat tangannya dgn susah payah, berkata:
"United kingdom..."
Mamat yg juga sedang lemah, menjawab:
"Malaysian..."

Setelah itu dua-duanya pengsan kerana keletihan. Beberapa jam kemudian mereka kembali sedar & cuba berkomunikasi lagi.

Si Mat Saleh berkata dgn lemah: "James...".
Dijawab dgn susah payah oleh Mamat: "Mamat...".

Habis itu mereka pengsan lagi. Beberapa jam kemudian setelah sedar,mereka berdua masih mencuba melanjutkan percakapannya.

"Birmingham..." kata si Mat Saleh.
Dijawab Mamat: "Kuala Kangsar...". Pengsan lagi.

Tak lama kemudian mereka sedar & masih mencuba utk berbual.

Si Mat Saleh yg sudah hampir kehabisan nafas berkata: "Cancer..."
Dan dgn sisa-sisa nafas yg ada Mamat menyahut: "Capricorn...!"


Heh heh heh.... jangan marah ye...... aku pun terkena!

 

Photobucket

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails