Wednesday, April 14, 2010

Beware of bad people tactic in PETRONAS


Untuk hebahan dan edaran kepada rakyat. Kepada para pengunjung stesen minyak petronas, anda dinasihatkan supaya berhati-hati dengan taktik licik penjenayah yang dimaksudkan di dalam surat perkeliling ini.

PEKELILING

8 April 2010

KEPADA RAKAN NIAGA STESEN SERVIS PETRONAS

Rakan niaga,

PEMBERIAN BARANGAN PERCUMA OLEH SINDIKIT DI STESEN PETRONAS

Perkeliling ini disampaikan berdasarkan pemberitahuan dari pihak Unit Pengurusan Reputasi, Jabatan Jenama, PETRONAS Dagangan Berhad (PDB).

Adalah dimaklumkan bahawa PDB telah mengenal pasti sekumpulan sindiket yang beroperasi di stesen-stesen minyak sekitar Malaysia yang membuat pemberian barangan percuma seperti rantai kunci, patung-patung kecil, "flipflop" dan sebagainya kepada pelanggan yang mengisi minyak di stesen.

Hasil dari siasatan yang dijalankan, PDB telah mengenalpasti modus operandi sindekit tersebut seperti berikut:
  • Barangan percuma ini yang diberikan kepada pelanggan mempunyai alat pengesan di dalamnya. Kumpulan sindikit kemudia akan mengesan pergerakkan dan lokasi rumah pelanggan melalui 'signal' yang dipancarkan dari barangan tersebut sebelum melakukan sebarang aktiviti jenayah.

  • Untuk mengaburi pihak berkuasa, kumpulan sindikit ini beroperasi pada waktu rawak.

Sehubungan dengan itu, Rakan Niaga (RN) adalah diingatkan untuk sentiasa memantau aktiviti - aktiviti yang dinyatakan di atas dan melaporkan terus kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat sebarang transaksi/aktiviti yang meragukan berlaku di stesen RN

Selain itu, sebarang inisiatif dari RN sendiri khususnya pemberian barangan percuma kepada pelanggan seharusnya mendapat kelulusan terdahulu daripada pengurus kawasan masing-masing

Sekian, terima kasih.

article form milo suam


Photobucket

4 comments:

Anonymous said...

macam2 jenis penipuan sekarang nih, so berhati2

cathenclox said...

betul. cuma nak hebahkan..biar seme cakna!

Simple Indulgence Blog said...

Thanks for the info...macam2 dunia sekrang..Kenapa ha?

cathenclox said...

welcome.
tu la..
manusia ni macam da xtakutkan Allah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails