Saturday, April 2, 2011

5 Sebab yang mengejutkan to GET MORE EXERCISE!!

1- Ia meningkatkan sistem keimunan

keupayaan kita untuk melawan jangkitan semakin berkurangan seiring dengan peningkatan usia. tetapi kajian pembelajaran menunjukkan orang tua yang mendapatkan senaman biasa selama 6 jam seminggu mempunyai respon imun yang sama dengan seseorang yang berumur 20 tahun ke atas.

2- Menghalang Parkinson!

Analisis Universiti Harvard terhadap 48000 lelaki telah menemui bahawa setiap lelaki yang aktif bersenam mempunyai peratusan kurang dari 50% untuk mendapat parkinson berbanding dengan mereka yang kurang aktif. sesiapa yang  sejak mudanya bersukan dengan penuh semangat mengurangkan risikonya sebanyak 60%!

3- Memperlahankan kanser prostate

Kajian Universiti Harvard selama 14 tahun menunjukkan lelaki berumur 65 tahun ke atas yang melakukan sekurang-kurangnya 3 jam untuk berlari, berkayuh, berenang dan sebagainya setiap minggu dapat megurangkan 70% risiko didiagnoskan menderita kanser prostate atau mati.

4- Mungkin melawan Alzheimer

Satu eksperimen di Universiti California menggunakan tikus makmal untuk meningkatkan penyakit Alzheimer menemui tikus yang diberi kebenaran untuk berlari di roda adalah lebih baik dan mempunyai 50% kurang tahap protein di dalam tubuhnya berkaitan penyakit. Kajian di Honolulu pula mendapati sesiapa yang berjalan kurang dari 400 meter sehari adalah 2 kali ganda berisiko mendapat dementia pada masa akan datang.

5- Mungkin mempunyai kesan lebih bagi kesihatan jantung berbanding obesiti

Kajian US terhadap 936 responden wanita dengan sakit dada dan/atau disyaki penyempitan arteri mendapati obesiti bukanlah penyebab besar sakit jantung tetapi mereka dengan peringkat rendah aktiviti fizikal selalunya menjadi punca!




Photobucket

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails