Wednesday, September 9, 2009

PSPN Selangor.

Sesiapa tahu,PSPN Selangor sekarang berada dimana?
apakah emel yg boleh saya hubungi mereka?

ini alamat depa yang tertera di surat rasmi:
Pusat Sumber Pendidikan Negeri Selangor,
Jalan Kepuk 19/2, Seksyen 19,
40300 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
emel: pspnsel@moe.edu.my
website : http://pspnsel.moe.edu.my

url yg diberikan tidak lagi wujud, sementelah  emel yg diberikan..

waa...aku bingung!

aku nk wat aduan ni..
kot2 la sesape yg terbace ni ade kenal2 org pspn selangor, boleh la kasi tau sorg,keyh!

Merujuk perkara di atas, saya Fatin Amirah Yaakub merupakan peserta Kem Nilam dan Pembaca Kebangsaan 2006.

2. Saya ingin mengucapkan terima kasih berhubung penghantaran CD Program Nilam 2006 yang
telah pun dihantar oleh pihak Tuan.

3. Dukacita dimaklumkan, CD yg telah diterima tidak berada dalam keadaan yang baik. Ini dibuktikan dengan fail-fail di dalam CD tersebut tidak dapat dibuka langsung. Ini telah menyukarkan saya untuk melihat gambar gambar kenangan semasa kami  menjalankan aktiviti-aktiviti di sana.

4. Sehubungan dengan itu, saya berharap, pihak Tuan dapat memberikan salinan baru kepada
saya. Pihak Tuan boleh menghantar CD tersebut ke alamat yang tertera di atas ataupun upload  di mana-mana laman web yang membolehkan saya memuat turun kan fail-fail berkenaan.

5. Segala kesulitan amatlah dikesali. Saya ingin mengucapkan Selama Berpuasa dan ribuan terima kasih di atas keprihatinan pihak Tuan untuk menguruskan masalah saya ini.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
Fatin Amirah Yaakub

akhirnya,aku terima balik emel yg mengatakan emel tersebut tidak wujud.. aaa... geram2..
dah la aku tunggu setahun, baru dpt cd tu.. alih2,cd tu lak rosak.. tolong sayerrr...

tadi aku xcheck kat tenet nama mohd marzuki bin ishak, dan lihat ape yg aku jumpa kat cni..

aku ase encik ni dah pencen lah.. hmm.. dia merupakan dlm unit penyiaran dan teknikal pspn selangor pada thn 2006..keratan akhbar ni pulak thn 2004..

erm..kepada sesape yg tahu macam mane nk kontek unit penyiaran dan teknikal negeri selangor,sila gtau aku deh!
 amat2 menghargainya.. tenkiu~
dan aku amat2 memerlukan cd itu kerna nostalgia,beb!

Photobucket

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails