Wednesday, October 14, 2009

Perinatal / Antenatal



Matlamat atau objektif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam penjagaan wanita hamil (antenatal).
  1. untuk memastikan ibu sihat dari segi fizikal dan mental semasa mengandung
  2. mengesan awal dan merawat segera sebarang keabnormalan untuk mengelakkan sebarang komplikasi.
  3. memastikan kelahiran yang cukup bulan, hidup dan sihat
  4. untuk mengurangkan maternal dan perinatal mortality dan morbidity.
  5. memberi pendidikan kesihatan pada ibu semasa mengandung, bersalin, laktasi dan seterusnya.
aktiviti yang dijalankan di klinik kesihatan dalam penjagaan antenatal.

(1) pendaftaran
bertujuan untuk rekod dan statistik

(2) Pengambilan sejarah antenatal (booking)
  • biodata
  • sejarah sosial
  • sejarah menstrual
  • sejarah medical dan surgikal
  • sejarah keluarga
  • sejarah obstetrik yang lalu
tujuan untuk mengenalpasti faktor2 risiko semasa kehamilan, kelahiran dan puerperium. Dengan itu kehamilan sekarang dapat dimonitor untuk elak komplikasi.

(3) Penyiasatan
ujian darah:
  • haemoglobin ( lawatan pertama dan setiap kali lawatan) untuk mengesan anemia
  • blood group dan rhesus (sekali sahaja /lawatan pertama) untuk menentukan kumpulan darah dan persediaan jika berlaku kecemasan.
  • VDRL (sekali shj/ lawatan pertama) untuk mengesan Sexsual transmitted diseases
  • TPHA (jika VDRL positive)
ujian urin: albumin & sugar ( lawatan pertama dan setiap kali lawatan)
MOGTT ( jika perlu ) untuk mengesan Diabetes

(4) pengambilan ukuran tinggi
dilakukan pada lawatan pertama, jika ketinggian <145cm kemungkinan ibu mempunya pelvis kecil yang dikenali sebagai CPD (cephalo pelvic disproportion)

(5) mengambil berat badan
diambil pada lawatan pertama dan setiap kali lawatan untuk perbandingan. untuk mengesan ibu mengalami:
berat badan ibu static atau menurun mungkin disebabkan :
  • IUGR (intra uterine Growth Retardation / Restriction )
  • IUD (intra uterine death )
kenaikan berat badan normal mengikut gestation
  • 20/52 - 0.5kg setiap bulan
  • 20/52 seterusnya - 2kg setiap bulan ( 0.5kg setiap minggu )
 (6) pemeriksaan tekanan darah
diambil sebagai asas perbandingan pada setiap kali lawatan sepanjang tempoh kehamilan. Semasa hamil ibu berpotensi mendapat PIH (Pregnancy induced hypertension)

(7) pemeriksaan fizikal
dari hujung rambut ke hujung kaki untuk mengesan sebarang keabnormalan. contoh pemeriksaan payudara sesuai untuk laktasi. juga fizikal ibu berjalan - limping, lordosis.

(8) pemeriksaan abdomen
Inspeksi berpandukan 4s'
  • skin - keadaan kulit berpigmentasi
  • scar - parut surgeri
  • shape - bentuk bulat atau bujur
  • striae - rekahan pada kulit

 :: striae gravidarum ::

(9) pendidikan kesihatan
untuk memberikan keyakinan pada ibu berkaitan perubahan dan penjagaan sepanjang tempoh kehamilan. berkaitan dengan :

(a) diet
makanan seimbang untuk kesihatan ibu dan perkembangan fetus dalam kandungan. penting untuk menyediakan ibu untuk proses laktasi. ibu disarankan mengambil makanan yang mengandungi:
  • protien - untuk pertumbuhan tisu badan dan pembesaran dan perkembangan fetus seperti telur, daging, ikan
  • lemak - untuk memberi tenaga dan kalori seperti dairy product : tidak boleh diambil berlebihan kerana boleh menyebabkan peningkatan berat badan.
  • karbohidrat - untuk memberi tenaga seperti roti, gandum, nasi. Karbohidrat yang berlebihan akan ditukarkan menjadi lemak.
  • mineral - iron untuk meningkatkan paras hemoglobin dan mengelakkan berlakunya anemia makanan laut, organ haiwan, bayam. manakala kalsium pula untuk pertumbuhan tulang dan gigi seperti susu dan keju.
  • vitamin : 
  • A - untuk kesihatan kulit, penglihatan dan mukus membran spt keju, butter dan minyak ikan
  • D - membantu penyerapan kalsium, kekurangannya boleh menyebabkan rickets
  • Folic acid - untuk pembentukan sel darah merah spt hati, sayuran hijau.
  • C - menggalakkan penyerapan iron spt sayuran hijau.

:: rickets diseases ::


 (b)senaman
lakukan senaman ringan sesuai dengan keadaan ibu spt berjalan-jalan dihalaman rumah dan berenang. untuk mengelakkan pengaliran darah dan peristalsis movement (elak sembelit).

(c) travelling
tidak digalakkan bagi ibu yang mempunyai sejarah keguguran dan premature labour. Jika terpaksa tempat yasng ditujui mestilah mempunyai kemudahan hospital. Sentiasa membawa kad antenatal.

(d) pakaian
pakaian longgar dan fiperbuat daripada cotton untuk keselesaan (menyerap peluh). bra yang mempunyai sokongan penuh (full cup) , lebih besar dari asal. kasut yang mempunyai tumit ketinggian 1 inci untuk elak sakit belakang.

(e) hygiene
mandi setiap hari atau kerap apabila berpeluh. Bersihkan bahagian nipple sambil menarik nipple supaya lebih prominent. Private part sentiasa bersih dan kering, kerap tukar seluar dalam untuk elak infeksi akibat leucorrhea, basuh apabila PU.

(f) rehat
ibu hendaklah cukup rehat terutamanya pada 3 bulan terakhir kehamilan. Tidur yang efektif 8-9 jam sehari iaitu 2 jam pada sebelah siang. meninggikan kaki semasa rehat untuk venous return.

(g) ubatan /alkohol
  • mengambil ubatan, mengikut arahan doktor terutama pada 1st trimester untuk pembentukan janin
  • elak alkohol kerana akan memberi kesan pada pertumbuhan fetus iaitu congenital abnormality. pada akhir trimester boleh menyebabkan fetal alcohol syndrome.
  • elak merokok dan jauhi dari perokok. cabon monoxyde menyebabkan salur darah menyempit dan kurang oksigen pada fetus.
  • ibu berisiko mendapat preterm
(h) pekerjaan
bagi ibu yang bekerja tidak digalakkan mengangkat barang berat, berdiri atau duduk  terlalu lama. mrdti ada rehat antara waktu kerja untuk elak komplikasi 'abortion', leg edema, leg cramp dan backache.

(i) penjagaan gigi
gosok gigi 2 kali sehari untuk elak dental caries. lawatan ke klinik gigi jika perlu.


(j) SI (sexual intercouse)
boleh dilakukan mengikut keupayaan ibu. elakkan jika ibu mempunyai sejarah abortion aau premature labour dan dalam kes placenta previa atau threaten abortion.


Photobucket

2 comments:

Atie said...

bagus info nih..amat berguna. jadi terpaksa la kaah tido sekarang sbb kena tido 2 jam pada waktu siang...heheh

cathenclox said...

hahaah..pulok doh.. tp xleh maso kijo.. xbaek..hahak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails