Wednesday, October 14, 2009

Maternal Nutrition


Nutrisi penting semasa kehamilan normal:
  • ibu mesti membekalkan nutrient dan kalori kepada fetus, cecair amniotik, dan palcenta, payudara, uterine, dan tisu lemak.
  • ibu yang kurang nutrisi boleh menyebabkan pertumbuhan dan mental retardation fetus.
nutritional yang diperlukan semasa prepregnancy
  • ideally - nasihatkan ibu supaya mengambil acid folic suplemen sekurang-kurangnya sebulan sebelum conception.
  • prevent brain and spinal cord defects
  • no smoking, illegal drugs, alcohol, and consult before taking any medication.
nutrisi yang diperlukan semasa pregnancy


  • penting ibu mengamalkan diet yang pelbagai dan seimbang semasa kehamilan
  • tingkatkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan kurangkan makanan bergula, bergaram dan yang diproses.
  • galakkan ibu mengambil makanan yang cukup dengan nutrien untuk pembesaran dan perkembangan bayi.
  • keperluan kalori - ibu mengandung memerlukan lebih kurang 150-350kcal lebih tenaga bergantung kepada aktivitinya.
  1. protien - keperluan pengambilan ini meningkat semasa kehamilan contohnya ikan, daging,kekacang dan hasil tenusu. Pengambilan protien perlu ditingkatkan kerana sumbangannya kepada pertumbuhan iaitu 13-24g lebih dari wanita yang tidak mengandung. Bagi wanita vegetarian, keperluan protien dipenuhi dengan mengambil makanan daripada tumbuhan seperti kekacang, bijirin dan kacang.
  2. kalsium dan fosforus - penting untuk memastikan pembentukan tulang dan gigi fetus contohnya keju, susu,dadih, dan sayur-sayuran hijau. Tambahan sebanyak 750mg kalsium setiap hari dan fosforus ialah lebih kurang 1200mg/hari. Semasa trimester ketiga, satu perubahan dramatik terjadi di mana kalsium dari ibu dipindahkan kepada fetus. Sekiranya tubuh ibu tidak mengandungi kalsium yang mengcukupi, fetus dalam kandungan akan megnambil kesemua zat tersebut ( berlaku pada minggu2 akhir kehamilan, lebih kurang 300mg kalsium sehari) Jika keadaan ini berterusan, ibu akan mudah terdedah kepada risiko penyakit osteoporosis apabila meningkat 40 thn ke atas.
  3. asid lemak (essential fatty acid) - ibu mengandung juga memerlukan EFA bagi menyokong pertumbuhan fetus dalam kandungan dan membantu perkembangan otak fetus.
  4. folate (sayuran berdaun hijau gelap) diperlukan semasa peringkat awal minggu yang pertama untuk perkembangan sistem saraf utama bayi. kekurangan bahan ini dipercayai akan menyebabkan kecacatan tiub neural (neural tube defect - spina bifida), kematian bayi dan masalah ketidakupayaan yang serius di kalangan bayi. kekurangan folate akan menyebabkan ibu mengandung senang letih dan terdedah kepada risiko anemia (megaloblastik anemia). cadangan pengambilan adalah 2 bulan sebelum konsepsi dan juga semasa trimester pertama.
  5. ferum - mengangkut oksigen utk bayi cthnya bayam ,aprikot kering, ikan tuna)
  6. zat besi - membantu menambahkan sel darah merah dan berupaya mengelakkan ibu hamil daripada cepat letih atau anemia.
  7. vitamin C - membantu membina placenta yang kuat, mengelakkan jangkitan dan membantu penyerapan zat besi dan ferum (cth buah-buahan,sayur-sayuran)
  8. makanan berserat - mengelakkan sembelit serta boleh membantu dalam eliminasi (cthnya sayuran, buah2an,cereal) dalam diet seharian.
  9. air - galakkan pengambilan cecair yang mengcukupi iaitu sekurang-kurangnya 6-8 gelas/hari utk membantu dalam eliminasi dan mencegah masalah sembelit.
  10. vitamin B1 (thiamin) - adalah antipengoksida. Diperlukan untuk sistem asetilkolina di dalam sel. keperluan bahan ini semasa kehamilan dan laktasi.
  11. vitamin B2 (riboflavin ) - membantu dalam metabolisma lemak, protien, dan karbohidrat, penyembuhan dan kawal-atur hormon serta tumbesaran dan perkembangan fetus. Kekurangan akan menyebabkan pelbagai lesi, letih lesu, anemia, gangguan penghadaman dan hipertensi.
  12. Vitamin B3 ( Niacin ) - contohnya daging, ikan , bijirin, yeast akan membantu dalam epnukaran makanan ke tenaga untuk metabolisma lemak, protien, dan karbohidrat, kawal atur hormon dan tindakan enzim. Kekurangan akan menyebabkan gangguan integriti kulit dan GIT, sakit kepala, kemerosotan dalam ingatan, insomnia dan kurang selera makan.
  13. Vitamin B6 ( Pyridoxine) - Perlu untuk sintesis protien, antibodi, eritrosit, tindakan reaksi enzim dan perkembangan sistem saraf. Keperluan bahan ini semasa kehamilan dan laktasi. Kekurangan akan menyebabkan anemia, konvulsi, depres, dermatitis dan kemungkinan renal calculi.
  14. Vitamin B12 (cobalamin) - perlu untuk fungsi sum sum tulang, eritrosit, perbentukan meilin, seta perkembangan RNA dan DNA. Kekurangan akan menyebabkan kemerosotan neurologikal dalam infant.
  15. Purata pertambahan berat sepanjang kehamilan adalah antara 10-12kg (22-27lb). Purata pertambahan berat yang dicadangkan semasa kehamilan ialah 10-12kg.
  16. Ibu yang kurang berat dan lebih berat akan mengalami komplikasi yang lebih sewaktu mengandung dan sewaktu kelahiran.
  17. Ibu yang kurang berat mempunyai risiko melahirkan anak tidak cukup bulan yang beratnya kurang dari 2500g, bayi yang kurang berat ( low birth weight baby) , ketosis pada bayi, dan bayi ini akan mempunyai kadar mortaliti yang  tinggi.
  18. Ibu yang obes mempunyai risiko  komplikasi dari hipertensi, diabetes, gestasi dan infeksi postpartum. Mereka juga mempunyai risiko melahirkan makrosomia bayi (bayi yang lebih dari 4kg).
Jangkaan penambahan berat ibu hamil:
  • 2 kg dalam minggu pertama kehamilan
  • peningkatan 0.5kg seminggu sehingga cukup bulan (term)
  • jumlah : 12 kg
Pertambahan Berat Ibu Hamil:

payudara : 0.5kg
lemak : 3.5kg
plasenta : 0.6kg
fetus : 3.4 kg
cecair amniotik : 0.6kg
uterus (pembesaran) : 0.9kg
penambahan isipadu darah : 1.5kg
cecair ekstraselular : 1.0kg

TOTAL = 12 KG

Photobucket

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails