Tuesday, April 6, 2010

Honda Cup Lampu Bulat.

sahibul hikayat...

alkisahnya, mengembara lah sorg budak yg bernama Adam untuk menuntut ilmu di pondok di bumi kenyalang. niat dihatinya untuk menggenggam segulung ijazah yang menjadi kebanggaan keluarga. (genggam je ke? ahaks).

Hidupnya ditemani dengan Honda Cup Lampu Bulat. hari2, kemana sahaja, motor kesayangannya itu lah yang menjadi sandaran.



sudah lama di sana, hatinya mula bercelaru.. mahu memetik bunga di taman. tp,bunganya xada, taman ape tah lagi. lalu,mencarilah beliau akan bunga yang diimpi2kan itu.yang sentiasa menjadi penawar rindu,ulam jantung,intan payung. tapi ada syaratnya.. Adam mahukan perempuan yang putih melepak dan berlesung pipit.

"Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku"



maka,bermulalah pencarian cari jodoh Adam ditemani dengan motor Honda Cup nya.
dicari2,inilah hasilnya...
1. wanita pertama: putih,tp tiada lesung pipit.. REJEK!
2.wanita kedua: lesung pipit dah ada kat dua2 pipi,tp kurang putih.. REJEK!
3.wania terakhir: putih, ada satu lesung pipit. APPROVED!

bercinta cintun lah beliau berdua sehingga akhirnya,Adam mahu masuk meminang. Eve mulai gusar kerana bimbang penerimaan negatif daripada ahli keluarganya. Adam meyakinkan Eve, "till death do us apart"



Adam pun menghantarlah rombongan untuk meminang Eve. tapi,malang nasibnya Adam kerana pinangan itu ditolak mentah2 oleh bapaknya Eve.



"Anak aku tidak akan menukar agama! langkah mayat aku dulu! kau belum kenal lagi aku siapa! aku lah samseng kampung dusun! jika kau berani keluar lagi dengan Eve, akan ku kerat2 badan kamu yg kurus kering ini menjadi kiub2 ais!Dah! nyah kau dari sini.aku tidak mahu melihat kau dan motor lampu bulat kau di rumah aku..pergi!!"

ketar lututlah si Adam akan ugutan bakal bapak mertuanya itu.
dalam diam, Adam bertemu jua dengan Eve, disaksikan oleh Honda Cup nya, memikirkan nasib mereka.

" Tiada ku duga
Permulaan yang jernih
Menjadi keruh dengan tiba-tiba
Bisa rintangan antaraku dan dia
Cinta terlarang oleh orang tua "
 
akhirnya,mereka membuat satu plan. plannya adalah melarikan Eve ke Tanah Serendah Sekebun Bunga. Adam memecut motor Honda Cup nya sehingga meter itu berpusing2 (pecah meter daaa..)
 
 
 
Plan mereka dapat dihidu oleh abang Eve. lalu mereka dikejar sehingga kehujung dunia!
Adam terus memecut laju...
 
 
 
" Jauh ku meluncur jauh semakin jauh
Kanan kiriku tiada hanya di depanku
Laju ku laju dan tuju kan ku tuju
Hujung garis ku tawan terhitam putihlah jajahku "
 
akhirnya,abang Eve tidak dapat mengesan jejak mereka.
Eve telah memeluk islam atas kehendaknya sendiri. Namanya yang baru ialah Hawa.
mereka telah berkahwin berkadikan imam.
ketika itu, Adam telah tamat belajar.
keputusan telah dibuat,iaitu pulang ke Tanah Serendah Sekebun Bunga,tanah tumpah kelahiran Adam. Adam bimbang ahli keluarga  Hawa akan menjejaki mereka dan membunuh mereka.
jadi,pulanglah Adam dan isterinya ke kampung halaman Adam untuk meneruskan hidup mereka.
 
 
 
Adam telah mendapat pekerjaan tetap,begitu juga dengan Hawa. 
cukup bulan,wang akan dihantar kepada bapa Hawa di Bumi Kenyalang. tetapi, tidak juga dapat melembutkan hati sorg bapa. baginya, Eve telah menderhaka kepada beliau.
Sehinggalah Adam dan Hawa dikurniakan seorang anak perempuan yang cumil giler wa cakap lu!  
 sejak itu,reda lah persengketaan antara ahli keluarga Hawa dengan Adam.
 
Walaupun begitu, abang Hawa masih memandang rendah terhadap Adam.
" kalau Eve tidak bahagia,aku akan hancurkan motor Honda Cup kau! "
Adam rasa tercabar. lalu Adam menyimpan duit banyak2 untuk membina sebuah rumah bak mahligai untuk Hawa dan anak.
hampir setahun setengah, rumah itu telah siap.
Adam telah menjemput ahli keluarga Hawa untuk bertandang ke rumah. tiket kapal terbang semuanya ditanggung beres.
 
 
Abang Hawa terpegun dengan keindahan villa itu. 
"Eh, adik ipar. kalau kat Sarawak,rumah ni lebih sejuta kau tahu?!"
 
"hahaha..selamat motor Honda Cup aku.."
 
itulah kali pertama Abang Hawa bercakap dengan nada yang mesra. 
sejak dari itu, hubungan silaturrahim antara mereka telah tercipta.
Ahli keluarga Hawa betul2 telah menerima Adam sebagai ahli keluarga mereka.
Walaupun Eve telah memeluk Islam dan meninggalkan agama lamanya,ikatan kekeluargaan tidak pernah akan putus. 
 
~FIN~
 
disclaimer: cerita ini tidak ada kene mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. skrip dan cerita adalah rekaan semata-mata.

Photobucket

5 comments:

Ken Wooi said...

interesting story by relating all sorts of issues.. haha =)

INTAN SOFIA said...

smart bai~~ good job ;))

azim said...

best gak la..
tp still kecewa sbb igtkan cite lawak gile2..
xsangka plak cite yg ade pengajaran...

btw good stuff..

Unknown said...

tenkiu3..

Unknown said...

eh, da abis da? fuh..lega

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails