Wednesday, September 2, 2009

Alahai Gadis Melayu....

Program ubah format ikut selera penonton

APA sudah jadi kepada program realiti Gadis Melayu musim kedua? Program terbitan TV9 yang baru memulakan musim barunya pada 6 Ogos yang lalu seperti lari daripada objektif asalnya mencari sekumpulan gadis yang penuh dengan ciri kemelayuan.

Pada sidang media mengumumkan kemunculan semula program itu, wakil TV9 memberitahu memang wujud perubahan pada program Gadis Melayu kali ini yang berkonsepkan kontemporari dan moden. Seperti yang dijanjikan TV9, apabila program itu memulakan siarannya satu fasa perubahan besar berlaku kepada program berkenaan. Paling ketara, penampilan 12 peserta serta dua hosnya iaitu Sharifah Shawati dan Juliana Evans langsung tidak melambangkan ciri-ciri kemelayuan.


Jika pada musim terdahulu, pesertanya kelihatan ayu berbaju kurung tetapi kali ini terutamanya pada episod yang ketiga, tiada lagi baju kurung atau kebaya tersarung pada tubuh pesertanya sebaliknya baju di paras lutut serta seluar ketat menjadi pilihan.

Kenapakah TV9 mahu memodenkan sebuah program unik? Sepatutnya mereka berbangga kerana belum pernah ada mana-mana stesen televisyen mewujudkan program sebegitu. Apabila Gadis Melayu dikontemporarikan, ia sekali gus meletakkan program ini sama dengan program stesen televisyen lain yang mencungkil bakat wanita muda dalam bidang pengacaraan.

Eksekutif Kanan Penjenamaan dan Pengurusan TV9, Zulkarnain Mokhtar, bagaimanapun menjelaskan biarpun musim ini lebih kontemporari tetapi mereka masih lagi mengekalkan ajaran mengenai adat resam serta budaya masyarakat Melayu.
Katanya, konsep program itu diubah bukan atas kehendak stesen sebaliknya mereka mengambil saranan penonton setia Gadis Melayu yang kononnya tidak percaya wanita Melayu bersifat lemah lembut masih wujud pada zaman ini.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 10:00 AM

Photobucket

6 comments:

.:fifi:. said...

terpesong..
ahahhaha

Unknown said...

tawu xpe.. gadis melayu kat kampung2 tu blmbk yg lemah lembut..cuma xdiexplore aje.. baek xyah wat program ni.. baek wat akademi alquran..ade gak pekdahnye.. konfem2 yg masuk tutup litup..kan kan?

SaYraH WonDerLanD said...

ermmm nk wat perubahan ..supposely lebih ke arah kebaikan..ni keburukan..

dunia dunia..apa nk jd nie ? T_T

rosak imej gadis melayu mcm kite ni kan ami..huahuahua

Unknown said...

aah..kita ni xpe la.. betul2 gadis melayu terakhe.. hehehe xleh blah tol statement..wakaka

Khairul said...

Boleh aku tau kau amik mana berita ni?

Unknown said...

sory,lmbt balas.
aku amek kat blog ust khalil idham lim.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails