Sunday, October 18, 2009

Gangguan Personaliti (Personality Disorders)

Personaliti



Personaliti
  • Bentuk tingkhlaku dan cara berfikir yang menentukan penyesuaian (tindak balas) seseorang dengan persekitarannya
  • Sifat Personaliti
  • Dicirikan dengan bentuk tingkahlaku atau gaya yang membezakan di antara seseorang individu.
  • Setiap orang memiliki personaliti diri yang tersendiri. Ciri-ciri personaliti merangkumi corak pemikiran, sikap, sifat malu, minat, bentuk tingkahlaku, respons emosi, peranan sosial dan trait individu yang unsur emosi diri dan juga tabiat diri seseorang individu
  • Mempamerkan had yang luas dalam hubungan personal dan social

TRAIT PERSONALITI
  • Bentuk tingkah laku atau sifat yang membezakan seseorang dengan individu yang lain

Personaliti Extrovert

 
  1. Extraverts - (juga extroverts) dicirikan dengan sikap yang suka bersosial, tegas dan ada pendirian dan bergembira
  2. Suka berkawan, banyak bercakap, bersemangat, suka kepada aktiviti yang melibatkan kumpulan sosial ayng ramai, seperti majlis-majlis, aktiviti kemasyarakatan dll.

Personaliti Introvert


  1. Introverts – berlawanan dengan extrovert
  2. dicirikan dengan sikap pendiam, hanya memikirkan diri-sendiri, rasa rendah diri dan kurang berminat dengan pergaulan sosial
  3. Tidak semestinya asocial, tetapi lebih suka bersendiri dalam menjalankan aktiviti (cth. membaca, menulis, melukis, menonton TV dll.)
  4. Tidak mempunyai ramai kawan dan tidak suka menjalin hubungan sosial
ETIOLOGI
  1. Tidak jelas walaupun berbagai teori dikemukakan
  2. Dinyatakan – gangguan adalah hasil interaksi kecenderungan genetik dengan pengaruh persekitaran, terutama sekali faktor yang mempengeruhi perkembangan personaliti individu sewaktu kanak-kanak
  3. Personaliti
  • Ciri-ciri personaliti sihat
  • Self-konsep dan imej diri yang positif
  • Berfikiran waras dan menghargai diri
  • Berupaya berhubung dengan orang lain secara terbuka dan jujur
  • Berupaya memahami keperluan orang lainBerupaya menangani tekanan dengan cara yang sihat
  • People with healthy personalities are able to cope with normal stresses and have no trouble forming relationship with family, friends and co-workers
GANGGUAN PERSONALITI

  1. Suatu gangguan yang dicirikan dengan bentuk personaliti yang tidak boleh bertolak ansur, tidak boleh dilentur, perlakuan menyalahi ketatasusilaan dan undang-undang, tidak boleh menyesuai diri dan menyebabkan kemerosotan fungsi dan penderitaan atau kesusahan.
  2. Berlaku apabila trait personaliti menjadi tidak fleksibel dan seseorang itu tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling sehingga mendapat gangguan yang teruk dari segi fungsi sosial serta pekerjaan harian
  3. Dikesan pada akhir umur remaja atau awal dewasa
  4. Sifat pesakit dengan gangguan personaliti
  5. Bukan penyakit psikotik
  6. Tidak boleh bertolak-ansur, sangat tegas dengan pendiriannya
  7. Tidak boleh bertindakbalas dengan baik terhadap tuntutan dan perubahan yang dilalui dalam hidupnya
  8. Sukar untuk mengambil bahagian dalam aktiviti sosial
  9. Kejam, tidak berperi kemanusiaan
  10. Bertingkahlaku yang tidak boleh diterima masyarakat
  11. Manipulasi, bercakap bohong, tidak boleh berkawan, bermusuh
  12. Menggoda, pandai berlakon
  13. Tidak dapat menerima kekeciwaan
  14. Tidak merasa bersalah atau bimbang
  15. Tiada perasaan bertanggung-jawab
  16. Tidak dapat membuat pertimbangan
  17. Tidak mempunyai hubungan rapat dengan sesiapa
  18. Impulsif dan egosentrik (terlalu serius dan tidak boleh bertolak ansur)
  19. Kerap terlibat dengan kesalahan undang-undang dan masyarakat
  20. Mungkin kelihatan sangat sempurna/normal, berada dalam realiti
GANGGUAN PERSONALITI: KLASIFIKASI
Klasifikasi
  • Cluster A – Tingkahlaku di tunjukkan adalah ganjil atau luar biasa (odd or eccentric)
  1. Paranoid
  2. Schizoid
  3. Schizotypal
CLUSTER A: gangguan PERSONALITi PARANOID


Ciri
  1. penuh syak wasangka dan rasa curiga terhadap orang lain, amat sensitif, degil, cepat marah, mudah bertengkar, mudah tersinggung dan selalu mencari niat buruk orang lain terhadapnya
  2. Menjadi agresif jika ia merasakan dirinya terancam, teraniaya atau dimalukan
  3. Perhubungan sosial terganggu dan tidak disukai
  4. Salah anggap terhadap tindakbalas tiada penerimaan orang lain terhadapnya sebagai ancaman dan bukti niat buruk terhadap dirinya
  5. Merasakan orang lain tidak boleh dipercayai, tak jujur dan merasa orang lain menipunya
  6. Menggunakan mekanisma bela diri projeksi secara berlebihan – menyalahkan orang lain atas kepincangan yang sebenarnya wujud pada diri mereka sendiri 

CLUSTER A: gangguan PERSONALITi SCHIZOID


Ciri:
  1. Seorang yang introvert yang suka bersendirian, sukar dan tidak berasa selesa bergaul dengan orang lain
  2. Gemar berkhayal dan lebih suka hidup dengan fantasinya
  3. Mengelak hubungan interpersonal dan seolah-olah sombong kerana tidak menunjuk minat terhadap orang lain
  4. Tidak memerlukan hubungan sosial
  5. Masa dihabiskan dengan aktiviti atau hobi yang dilakukan bersendirian
  6. Teori psikoanalisis – merupakan individu yang kekesongan jiwa 

CLUSTER A: gangguan PERSONALITi SCHIZOTYPAL


Ciri
  1. Tingkahlaku yang ganjil dan aneh
  2. Paranoid dan pemikiran yang ganjil
  3. Sukar membentuk perhubungan dengan orang lain dan mengalami anxieti yang teruk semasa dalam situasi sosial
  4. Mengasingkan diri dan tidak berupaya menjalinkan hubungan sosial akibat daripada pengalaman lepas yang berbentuk negatif
  5. Mungkin memberi tindakbalas yang tak bersesuaian atau tidak bertindakbalas langsung atau bercakap kepada diri sendiri semasa berkomunikasi
  6. Menunjukkan tanda mempunyai kuasa ajaib - dapat membaca fikiran orang lain atau dapat melihat masa depan

KLASIFIKASI

  • Cluster B – Tingkahlaku yang digambarkan secara dramatik, bersifat emosi atau tidak tetap (Behaviors that are described as dramatic, emotional, or erratic)
  1. Antisocial
  2. Borderline
  3. Histrionic
  4. Narcissistic
CLUSTER B: gangguan PERSONALITi ANTISOSIAL


Ciri
  1. Gagal mengekalkan hubungan dengan orang lain, bertindak impulsif, tiada merasa bersalah, gagal belajar daripada pengalaman lepas
  2. Menunjukkan konflik dengan tingkahlaku dan mengabaikan peraturan normal dalam bersosial
  3. Tidak bertanggung jawab
  4. Kebiasaannya, terlibat dengan jenayah
  5. Tidak menghormati orang lain dan tidak menyesal dengan akibat tindakan yang dilakukan ke atas orang lain
  6. Berisiko kepada penyalahgunaan substans, ketagihan alkohol
CLUSTER B: gangguan PERSONALITi BORDERLINE



Ciri:
  1. Tidak dapat mengekalkan hubungan interpersonal
  2. Tingkahlaku impulsif
  3. Mood yang berubah-ubah
  4. Tidak dapat kawal kemarahan
  5. Cubaan/ancaman bunuh diri yang berulang-kali
  6. Tidak pasti identiti diri
  7. Merasa hidup kosong dan mudah putus asa
  8. Stres akibat tingkahlaku/tindakan yang dilakukan
CLUSTER B: gangguan PERSONALITi HISTRIONIC


Ciri:
  1. Mudah terangsang
  2. Emosional
  3. Berwarna-warni
  4. Dramatik
  5. Tingkahlaku extrovert
CLUSTER B: gangguan PERSONALITi NARCISSISTIC


  1. Beranggapan bahawa mereka sahaja yang unik dan berkebolehan
  2. Suka membangga diri sendiri, suka disanjung dan diberikan perhatian
  3. Mementingkan diri sendiri dan memperalatkan orang lain untuk mencapai sesuatu kejayaan
  4. Terlalu sensitif kepada kegagalan dan selalu mengadu berbagai simptom somatik

KLASIFIKASI

  • Cluster C – Tingkahlaku yang cemas, bimbang atau ketakutan (anxious or fearful)
  1. Avoidant
  2. Dependent
  3. Obsessive compulsive
CLUSTER C: AVOIDANT PERSONALITY DISORDER


Ciri:
  1. Perasaan sangat bimbang dan cemas yang berterusanSering merasa orang lain akan menyingkirkannya dan tidak akan menjalinkan persahabatan dengan orang lain kecuali sudah pasti ianya diterima
  2. Tidak percaya kepada diri sendiri dan sentiasa bergangtung kepada orang lain
  3. Takut dikritik dan akan mengelakkan aktiviti yang melibatkan hubungan dengan orang lain
  4. Mungkin tidak mempunyai hubungan rapat dengan seseorang di luar lingkungan keluarga
CLUSTER C: DEPENDENT PERSONALITY DISORDER


  1. Kurang berkemahuan dan tidak bersemangat
  2. Mengadu perkara yang bukan-bukan
  3. Menunjukkan kurang minat untuk berseronok
  4. Mengelakkan tanggung jawab
CLUSTER C: COMPULSIVE PERSONALITY DISORDER


Ciri:
  1. Tidak dapat bertoleransi dengan orang lain
  2. Tidak berupaya menun jukkan sikap mesra dan kasih sayang
  3. Bersifat terlalu teliti terutama kepada benda yang remeh temeh menyebabkan merasa berada dalam keadaan gelisah
  4. Kedekut dari segi kebendaan dan emosi
  5. Tidak pernah puas hati dengan pencapaiannya
  6. Terlalu berhati-hati dan memikirkan semua masalah

~FIN~

Photobucket

5 comments:

nani said...

hi, artikel ni best sgt,direct, senang faham n jelas sgt2...thanx coz it help me so much in my final exam tomorrow.

cathenclox said...

till then,gud luck in ur final tmrw!

Muhammad Yassin Sharifudin said...

Saya ada sebahagian penyakit tersebut ... Dah saya sentiasa rasa ingin bunuh diri dan tiada semangat meneruskan hidup saya ini.. Apakah yang perlu saya lakukan? Dan sy sentiasa rasa takut dan cemas

anifamnoor mnoor said...

jumpa psikitri...dia blh membantu

anifamnoor mnoor said...

jumpa psikitri...dia blh membantu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails