Friday, February 27, 2009
Tuesday, February 24, 2009
Fakta Yang Disembunyikan
FAKTA 1: Puteri Gunung Ledang
Setelah dikajiselidik melalui sebuah perkuburan yang terdapat dipinggir Gunung Ledang, terdapat kesan-kesan peninggalan dan bukti yang menunjukkan mayat di dalam kubur tersebut ialah Puteri Gunung Ledang. Di sebelah bawah badan mayat tersebut terdapat secalik kertas dan setelah diselidik ia sebenarnya Kad Pengenalan Puteri Gunung Ledang. Nama sebenar Puteri Gunung Ledang yang tertera didalam IC itu ialah Tiara Jeaquelina binti Abdullah.
FAKTA 2: Batu Bersurat Terengganu
Mengikut sejarah, ada seorang hamba sultan Terengganu telah dipancung kerana telah melakukan kesalahan. Namun tidak diberitahu apa kesalahannya. Di atas kajiselidik kami, hamba yang dihukum bunuh itu sebenarnya ialah seorang yang bekerja sebagai posmen tetapi tidak mahu menghantar surat-surat baginda kemudian posmen itu melonggokkan surat dirumahnya. Pulis telah menemui 1,290 pucuk batu bersurat di rumah posmen tersebut. Alasan posmen itu ialah macammana dia nak angkat batu-batu bersurat tu naik basikal untuk dihantar ke penerimanya.
FAKTA 3: Keris Taming Sari
Ramai yang mengatakan bahawa keris taming sari telah hilang dan tidak dijumpai sehingga kini. Namun kami telah menemuinya di salah satu kawasan di pendalaman Melaka. Setelah berbulan-bulan mengadakan ekspedisi mencari keris taming sari barulah kami menemui motor Kris yang ditunggang oleh pakcik Taming yang sedang memakai Sari.
FAKTA 4: Bangunan WTC Runtuh di New York
Sebenarnya bangunan ini dapat diselamatkan dari runtuh namun fakta kami sangat jelas kenapa sebenarnya ia runtuh. Persoalan kenapa bangunan ini runtuh terjawab kerana Superman pada masa tu spender dia basah lalu malu untuk dia keluar tanpa spender dia, Batman pula takleh keluar siang sebab kelawar tidur waktu siang. Spiderman pulak hari tu mengalami kincit perut dan terberak-berak kerana tertelan sarang labah-labah. Manakala Kapten Amerika pada hari tu sedang menghadiri majlis penerimaan pangkat sebagai Kapten. Hulk dan wolverine pula tengah menghadiri interview sebagai pelayan hotel dan last sekali catwomen tengah jahit kostumnya yang koyak. Ini semuanya fakta kenapa bangunan tu runtuh kerana superhero amerika mengalami masalah.
FAKTA 5: Taliban
Sebelum Amerika ingin menyerang Afghanistan, sebenarnya mereka ingin menyerang Malaysia terlebih dahulu kerana pada sangkaan mereka Malaysia ialah pusat pentadbiran Taliban yang diketuai Osama Laden. Namun akhirnya mereka malu pada tahap baboon kerana taliban yang mereka sangkakan itu sebenarnya ialah sebuah syarikat telekomunikasi yang bernama Talikom Malaysia Berhad.
FAKTA 6: Karam Sinkh Walia
Sebenarnya takda apa-apa yang berkaitan dengan dia. Saja je aku nak tulis nama dia. Kui…kui…kui…kui…kono…kono..
alahai menantu ku....
Malu!
Pisau
flickr vs photobucket
- IMG code
- HTML code
- direct link
- email and IM
- Flash code
- background boleh laras..haha boleh tuka background ow!
- bley wat slideshow haha..asenye database jenis uplod2 gmbo ni ade tang slideshow
Monday, February 23, 2009
Pendidikan Jasmani dalam bahasa Portugis
KUALA LUMPUR 20 Jun - Persatuan-persatuan guru hari ini berikrar menyokong penuh langkah terbaru kerajaan untuk melaksanakan pengajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani dalam bahasa Portugis brazil (pt_BR) di sekolah rendah dan menengah secara serentak mulai tahun depan.
Mereka juga memberi jaminan akan mengadakan kempen penerangan, kursus intensif bahasa Portugis brazil dan program motivasi bagi memastikan ibu bapa, guru dan pelajar dapat menerima langkah terbaru berkenaan secara positif.
Langkah ini selaras dengan cadangan Menteri supaya dapat mempertingkatkan mutu bola sepak Negara dengan penguasaan B. Portugis brazil.
"langkah melaksanakan secara serentak itu perlu dibuat memandangkan kesan pengajaran bahasa Portugis brazil (pt_BR) dalam mata pelajaran berkenaan, jika bermula pada tahun satu sahaja, akan mengambil masa 11 tahun untuk memenangi Piala dunia." kata Menteri sambil memusing-musingkan T-Shirt ala Rivaldo.
Apabila ditanya bagaimana kalau Brazil tidak memenangi Piala Dunia? adakah P. Jasmani tetap akan diajar dalam Bahasa Portugis brazil.
beliau menjawap "Mana boleh, brazil mesti menang. tapi saya tak puas hati... apa nama .... Ronaldinho kena kad merah"
Terdapat juga ura-ura menjadikan Bahasa Jerman sebagai bahasa pengantar di sekolah menandu. Langkah itu bertujuan untuk melahirkan pemandu seperti Micheal & Ralf Schumacher yang rata-ratanya bertutur dalam B.Jerman.
Menteri itu berkata "Saya yakin Alex Yoong dapat tempat tercorot kerana tidak fasih berbahasa Jerman"
disclaimer: Berita ini adalah rekaan semata-mata
Kalau Sudah Sampai Ipoh
| Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. Setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya... "Sudah sampai Ipoh belum?". Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidur aje la.. belum sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belum?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belum! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. Pakcik kejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukah kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni." |
surat
Ayah,Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada ayah untuk meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin meminta wang sebanyak Rm1000 dari ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.
Salam dari anakanda,
Sarip.p/s Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba
untuk mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat. Saya ingin mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah terlambat.
Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi ayat yang ringkas:-
Kepada Sarip,"Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima"
Dari Ayahmu.
Badak dan Monyet
Pada suatu hari, sedang mereka bertengkar, mereka terjumpa sebuah pelita ajaib. Dipendekkan cerita, setelah digosok,keluarlah seorang jin. Jin itu setuju untuk mengabulkan tiga permintaan bagi kedua2 menatang itu.
Permintaan 1 Badak : Saya mau semua badak sumbu di dalam hutan ini adalah betina, kecuali saya...hehe.
Permintaan 1 Monyet : Saya mau sebuah motor Harley Davidson
Jin tu kelip mata, bling... semua badak lain kat situ jadi betina, pastu ada sebuah Harley Davidson 1300cc warna hitam
Permintaan 2 badak : Saya mau semua badak sumbu kat negeri pahang ni betina kecuali saya.. hehe
Permintaan 2 monyet : Saya mau jaket kulit hitam dengan helmet Shoei
Jin tu kelip mata lagi, bling... semua badak di pahang dah jadi betina, dan monyet tu pun dapat barang2 mat motornya tu..
Lepas tu jin tu kata "Ini permintaan terakhir kamu, pikirlah dengan baik2"
Badak tu pikir sejenak lepas tu kata " Saya mau semua badak sumbu kat Malaysia ni betina yang cun melencun ghilerrr... kecuali saya".
Jin tu pun kelipkan mata and then bling... maka tinggallah badak tu satu2nya badak jantan satu Malaya nihh..
"Hah monyet, awak nak apa pulak.. kasut boot kulit ke?" tanya jin.
Monyet tu memakai helmetnya, naik atas motor Harleynya, start enjin, kemudian melihat pada badak yang tersengih lebarr tu, "Saya mau badak tu jadi GAY"
Jin tu pun kelipkan mata, bling....
Maka meraunglah badak sumbu tu. sepuas2nya.. "Mana aku nak cari badak jantan ni nyah... ish.. tak kuaassa nyah"
Kura Kura
| Pada suatu hari, ada 3 ekor kekura (kura-kura) nak gi bekelah bersama-sama. Kekura pertama membawa makanan, Kekura kedua membawa minuman, sedangkan kekura ketiga tidak membawa apa-apa pun selamber jek lenggang perut. Didalam perjalanan tiba-tiba ujan pun turun dengan lebat dan derasnya, sehingga mereka tak boleh meneruskan perjalanan. Kemudian timbul perbualan di antara mereka.
Kekura II dan I saling pandang memandang, dan sepakat menuding Kekura III. Kekura III : "Tak nak ahhh. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai sini lagilah terlambat. Sure nkorang akan bedal mengkanan ni semua." Kekura I & II : "Takk lah. Kita orang tunggu sampai nko datang." Kekura III : "Betul??? Kalau aku lambat 1 jam?" Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu." Kekura III : "Kalau 3 jam ??" Kekura I & II "Kita orang akan tetap tunggu." Kekura III : "Kalau 1 hari ?? " Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu." Kekura III : "3 hari ???" Kekura I & II :"Kita orang akan tetap tunggu." Kekura III : "5 hari???? " Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu." Kekura III : "1 minggu? " Kura I & II : ""Kita orang akan tetap tunggu." Kekura III : "2 minggu?" Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu. nko pegi jek lah" Dengan berat hati, akhirnya Kekura III pun berangkat. Kekura I & II menunggu dengan setia. Sehari, dua hari dan seminggu telah berlalu. Kekura III tak jugak balik balik. Setelah dua minggu berlalu, Kekura I & II sudah tidak dapat menahan lapar. Kekura I : "Aku dah tak tahan lapar ni . Kita makan jek lah " Kekura II : "Aku pun dah nak pensan ni. Jom ahh kiter perabih mengkanan ni" Tiba-tiba Kekura III muncul dari semak-semak dan berseru "Hoii!!!!!!!! Nasib baik aku belom pegi lagi... kalau tak sure nkorang abiskan mengkanan ni kan kan????!!!!!!!!" |
Pelancong dan Pemandu Teksi
Ceh..kalau di USA..bangunan ini kami boleh siapkan dalam masa sebulan sahaja. Kata pelancong tadi dengan belagaknya. Pemandu teksi tadi terkedu. Untuk menunjukkan kecanggihan KL pelancong tadi dibawa ke Menara KL. Mr John inilah Menara Telekomunikasi yang canggih. Kami mengambil masa err...dua bulan untuk menyiapkannya.
Kata pemandu teksi sambil menyerkap jarang untuk melawan keegoan pelancong USA tadi.Oh...kalau di USA bangunan ini dapat disiapkan dalam masa dua minggu sahaja. Kata pelancong tadi dengan belagaknya.
Merah padamlah pemandu teksi tadi. Sambil memandu pemandu teksi tadi terus meluncur melintasi KLCC. Sambil bersiul pemandu teksi tadi tidak berkata apa-apa pun melainkan terus memandu.
Pelancong tadi dengan tersengih...menyindir..Che Mat...berapa lama masa diambil oleh negara kamu untuk menyiapkan bangunan itu. Kata pelancong tadi sambil menunjukkan kearah KLCC.
APA? kata pemandu teksi tadi...mana bangunan?kata Pemandu itu lagi kehairanan.
Itu..yang tinggi tu..Kata pelancong tadi sambil menunjukkan KLCC. La......Usupadora...entahlah Mr John...semalam saya lalu kat sini takda pulak bangunan ini . Bila pulak bangunan ini tumbuh...his..impossible. Kata pemandu teksi itu sambil mengerutkan muka. Mr John terdiam sambil menyesal."
Deduksi
Jiran baru : Ah... ya. Saya baru pindah ke sini. Cantik ye kat sini.
Jiran 1 : Encik ni kerja apa?
Jiran baru : Oh... saya ni seorang professor di universiti. Saya mengajar pasal deduksi.
Jiran 1 : Deduksi? Apakebendenye tu?
Jiran baru : OK. Mcm ni. Saya bagi satu contoh. Saya nampak ada rumah anjing kat belakang rumah encik. Dengan itu, saya dapat rumuskan yg encik ni bela anjing.
Jiran 1 : Ya, betul.
Jiran baru : Fakta tadi membawa saya merumuskan yg encik ini berkeluarga.
Jiran 1 : Huh... betul lagi.
Jiran baru : Dan fakta yg encik ni berkeluarga membolehkan saya merumuskan yg encik ini beristeri.
Jiran 1 : Tepat sekali.
Jiran baru: Itulah deduksi.
Petang itu...
Jiran 1 : Saya baru je bersembang dgn jiran sebelah... baru pindah.
Jiran 2 : Ooo... dia kerja apa?
Jiran 1 : Dia ni seorang professor, mengajar deduksi.
Jiran 2 : Apa tu??
Jiran 1 : OK, saya bagi contoh. Awak ada rumah anjing?
Jiran 2 : Tak.
Jiran 1 : Aishehman...
Ibu larang anak memakai jilbab (purdah)
| Seorang pemuda baru saja baru sahaja pulang kerumah. Ia sendirian di biliknya melepas lelah sambil menatap langit yang membiru. Kesibukan menyelenggarakan ceramah keislaman di masjid betul2 meletihkan. Suasana hening dan damai kerana di flat kediamannya kerana ramai penghuni masih belum balik dari kerja Dari balik dinding sayup-sayup terdengar perbualan jirannya seorang Ibu tua dengan anaknya. Anak : Ibu.. Ibu : Hmmm ? Anak : BU ! Ibu : APA ? Anak : Mmm, anu ... tadi saya ke masjid dengar ceramah... Ibu dengarlah ni ! Ibu : IYA ! Ibu dengar. Cakap ajalah. Kan ibu tengah sibuk memasuk kan benang ke jarum ni. Susah pulak rasanya. Agaknya mata ibu sudah nak rabun... Anak : Bu ! Ibu : Apa dia ? cakap ajelah, Yang ? Anak : Tadi, di masjid seorang ustaz bercerita soal jilbab. Katanya pakai jilbab itu wajib. Ibu, Mulai sekarang saya mau pakai jilbab. Boleh tak Bu..? Ibu : Jangan ... Pemuda dari balik dinding makin menajamkan perhatian pendengarannya. Anak : Tapi tu perintah Allah. Kalau tidak patuh kita berdosa, Bu. Boleh ya, saya mau pakai jilbab ? Ibu : Kan ibu kata JANGAN ... Anak : Tapi bu.. bukan lebih baik saya memakai jilbab kerana kerana kita orang islam dan sudah tentu dapat menjaga maruah dan harga diri saya.. betul tak bu...? Bolehlah bu.. Ibu : TIDAK ! Anak : Kenapa ? Atau ibu terpengaruh sama cerita bohong pasal memakai jilbab? Kata Ustaz, jilbab itu bukan budaya Arab. Itu Syariat Islam. Islam yang sebenar bukan adat. Dari dulu memang diwajibkan demikian, bukan trend baru-baru ini aja. Ibu : Iya, iya Ibu faham tu. Tapi ibu kata JANGAN ! Anak : Jadi Ibu melarang saya nih... Bu, mau tak mau saya tetap akan pakai jilbab. Terserah Ibu nak kata apa. Tak perlu taat pada orang tua,kalau orang tua itu menyuruh maksiat pada perintah Allah. Ibu : Kamu tak faham-faham lagi ke?. Ibu kata jangan, jangan, JANGAN !!! Anak : WALAU APAPUN JADI BESOK SAYA TETAP PAKAI JILBAB. MUKTAMAD! Ibu : JANGAN ! Anak : JILBAB ! Ibu : JANGAN ! Anak : JILBAB !! Ibu : J A N G A N !!! Anak : J I L B A A A A A A B !!!! Pemuda tadi sudah tidak dapat menahan keinginannya. Ia terus keluar bilik untuk bertemu ibu dan anak itu untuk membela si anak agar si ibu bersetuju dengan kemahuan si anak. Tangannya sudah terangkat di depan pintu untuk mengetuk .... namun terdengar lagi kata-kata dari si ibu ... Ibu : KAMU NI BUDIN, IBU KATA JANGAN.. JANGANLAH! KAMU KAN LAKI-LAKI..... Pemuda, Si jiran sebelah pun berlalu ..dengan langkah yang longlai |
Pak Pandir
| pak pandir berjumpa dgn doktor psikologi. pak pandir:tuan doktor semua org kata otak saya lembap. betulkah tn doktor? apakah tanda-tanda bahawa otak seseorg itu lembap? doktor: saya akan bertanya satu soalan. jika pakcik tak mampu menjawabnya otak pakcik memang betullah lembap... pak pandir: apakah soalannya tuan doktor? doktor: kapten hook dikatakan orang pertama yg belayar mengelilingi bumi. malangnya dia cuma sempat belayar sebanyak 3 kali sebelum meninggal dunia. pada pelayarannya yang keberapakah dia meninggal dunia? pak pandir: mmmm... tukar soalan lain boleh doktor? doktor: ??? p/s: kalau anda juga tidak dpt menjawab soalan doktor itu bermakna anda juga...... |
Tayar Pancit
Asal Usul Nama Sumatera
Sesampainya dia ke Majapahit dipersembahkanlah hal ini kepada Sultan Sri Wijaya... .
Datuk Laksamana: "Tuanku, patik rasa ada elok juga kalau itu pulau kita kasi jajah sama dia"
Sultan: "Sapa ada sana?"
Datuk Laksamana: "Tara sapa"
Sultan: "Apa nama itu pulau?"
Datuk Laksamana: "Tara tau"
Sultan: "Sana ada orang?"
Datuk Laksamana: "Tara"
Sultan: "Rumah?"
Datuk Laksamana: "Tara"
Sultan: "Sign-Board?"
Datuk Laksamana: "Tara"
Sultan: "Apa pun tara?
Datuk Laksamana: "Hutan ada la, Lain suma tara"
Sultan: "Okey kalu itu macam kita ambil ini pulau, pasal suma pun tara dekat situ kita kasi dia nama 'SUMATARA'.
Begitulah ceriternye asal usul nama pulau sumatara yang sekarang dipanggil PULAU SUMATERA...
Zaman Berkembar
Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.
Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.
Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.
Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,
“Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”
Loghat mana yang paling munasabah?
loghat pantai timur?
Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah
Bahasa Melayu standard:
"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."
Loghat Utara (kedah):
"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".
Loghat Pantai Timur (kelate):
"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."
KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah!
Sunday, February 22, 2009
Lawak SamDol
maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu
terajang aku. Nasib baik tak mati.
------------------------------------------------------
SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6
ringgit. Kata kedai 2 Ringgit
------------------------------------------------------
SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana
kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam
air!
------------------------------------------------------
SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....
------------------------------------------------------
SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL:Kan aku kata, sebab gula dah habislah
------------------------------------------------------
SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light
dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik,
api rumah aku dah kena potong!
------------------------------------------------------
SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids.
Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang
ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...
------------------------------------------------------
SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih
agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.
------------------------------------------------------
SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak
kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau,jangan pasang
signboard "SILA DATANG LAGI"
Saturday, February 21, 2009
Engagement~~
An engagement is a promise to marry, and also refers to the time between proposal and marriage. During this period, a couple is said to be affianced, betrothed, engaged to be married, or simply engaged.
Congratulation to my sister,Ila on her engagement on 21 February 2009, 1530 +8 GMT.
-cameragirl
Friday, February 20, 2009
GENOME Richard Gere!~
- when u got itchy at your back,it is easier to use penggaru.
- for a safety usage,this GENOME was created for 360º movement.
- garu kaki pon boley
- portable item
- home-made stuff
- cheaper than other garuan machine
- can rotate 360º
- you can say," aahhh...syioookkk...!~" after us it.
- dislike by rich people..they said,"kodi nyo..xkelas lasum!~"
- kampung-look
- make it in vabriant colours
- hair brush must be sphere in shape
Thursday, February 19, 2009
basahkan la tekakmu~~
Dah tengok gambar air tu? perghh.. panas2 cenggini,layan air 100+,mmg masyuk la.. minuman ni dirumus khas untuk mengembalikan imbangan bendalir badan, tenaga dan elektrolit yg hilang disebabkan gaya hidup anda yg aktif. Ia juga telah disyorkan oleh Majlis Sukan Negara dan Majlis Kecergasan Kebangsaan.. hehek
Wednesday, February 18, 2009
Tagged
1. Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now (no fake ok)
2. Don't change your clothes and don't fix your hair...just take a picture
3. Post that picture with no editing
4. Post these instructions with the picture
5. Tag other peoples to do this

Tuesday, February 17, 2009
glow in the dark~~
how i wonder what u are;
up above the world so high,
like a diamond in the celling????
haha..jiwang pulak.. for your information, mine already fall down last year..keh3 but i didnt have a chance to tape it.. hihihi
before mawi and i fell asleep,we always chat each others.. where my star,where mawis'.. Mawi was really2 excited bout his star because i said, his star was sooooooo special..it placed in center of my room,like sun, the center of the milky way.. by the way, matahari or sun is mawi's fav song sang by agnes monika..hihi the unique is, his star spinning around..
i neglected to tell you with every fibers of my being,i really miss mawi..huuuu~~
come back home soon, 'anak dia'...
Back In The Picture~~
Deep inside my heart I know
Simply put I've been stabbed in the back ever since I remember
And deep inside it hurt to let go
Woahhh
I'm back in the picture, back in the picture
I wonder what took so long, so long
I'm back in the picture, back in the picture
I wonder what took so long, so long, so long
Dedicate everything I create
To my friends I would die for
But you will always be the one
Memories that you can't overrun, memories I could cry for
I thought I'd always be on the run
Woahhh
I'm back in the picture, back in the picture
I wonder what took so long, so long
I'm back in the picture, back in the picture
I wonder what took so long, so long, so long
There were times in my life I was down on my knees, now it's over
Deep inside my heart I know
Woahhh
I'm back in the picture, back in the picture
I wonder what took so long, so long
I'm back in the picture, back in the picture
I wonder what took so long, so long, so long, so long
Sunday, February 15, 2009
sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan
hari yang bakal panas..~~
Saturday, February 14, 2009
Apa Pendapat Anda???
Di cilok melalui email, sekadar bahan rujukan dan renungan semua. Tanpa edit aku siarkan disini dan apa pandangan anda semua?
Perdana Menteri - RM22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri - RM18, 168.15 sebulan
Menteri-menteri Kabinet - RM14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-menteri Kabinet - RM10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM7,187.40
Ahli Dewan Negara - RM6,508.59
Ahli Dewan Rakyat (ni kira MP lah) - RM4, 112.79
1. Privy Purse - RM360,000 (bermakna bulanan adalah RM30,000).
2. Elaun keraian - RM120,000 (bulanan sebanyak RM10,000)
3. Elaun Diraja Istana Negara - RM144,000 (bulanan sebanyak RM12,000)
Jumlah setiap bulan seorang Agong dapat adalah sebanyak RM52,000.
Elaun untuk Permaisuri Agong ialah
1. Privy Purse - RM67,200 (iaitu RM5,600 sebulan).
2. Elaun keraian - RM21,600 (RM1,800 sebulan).
Total sebulan Permaisuri Agong dapat ialah RM7,400.
1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu - RM5,259,100
2. Gaji kakitangan istana - RM1,004,880 3. Bounty Diraja, pemberian dan khidmat khas - RM50,000
Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong, Aku tak pernah tau wujud nya elaun ni. Bermakna setiap bekas Agong yang tukar setiap 5 tahun tu akan dapat elaun bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong. Ini adalah dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia
Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006.
1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong - RM15,180 sebulan.
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong - RM4,500 sebulan.
Pencen khas untuk balu Agong
Ini adalah pencen untuk balu Agong. Bermakna kalau Agong tu mati semasa dia tengah jadi Agong, so balu dia akan dapat pencen ni. Contohnya pencen khas ni Siti Aishah dapat sebab Sultan Selangor mati masa tu dia tengah jadi Agong kan. Kira untung lah Siti Aishah ni sebab dapat pencen khas. Anyway, ini adalah di bawah Undang-undang
Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).
So, inilah yang Siti Aishah dapat.
1. Pencen seumur hidup - RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan maintenance of car.
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000.
Elaun Sultan dan kerabat (contoh Kedah)
Elaun untuk Sultan dan kerabat kat setiap negeri adalah dibawah peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Ini contoh untuk Kedah. Basically, kat negeri negeri lain pun lebih kurang sama juga amount nya.
1. Elaun Sultan - RM52,600 sebulan.
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480
So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah sebanyak RM68,080.
Untuk Sultanah pulak elaunnya adalah
1. Elaun Sultanah - RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah - RM2,600 sebulan.
Sebulan Sultanah akan dapat RM14,600.
Elaun lain lain untuk kerabat ialah
Raja Muda - RM13,000
Raja Puan Muda - RM5,200
Tunku Bendahara - RM4,000
Bini Tunku Bendahara - RM1,250
Tunku Temenggung - RM3,500
Isteri Tunku Temenggung - RM900
Tunku Laksamana - RM3,000
Isteri Tunku Laksamana - RM600
Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar.
Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat allowances juga. Contoh macam anak anak Sultan dapat allowace dalam RM1,000 sebulan dan kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2 juga dapat allowace sebanyak RM500 sebulan.
Berapa ramai kerabat? Bayangkan berapa Malaysia habis kan duit untuk mereka semua ni. Elaun Agong, Sultan, Menteri dan sebagainya , Sila lihat berapa duit pembayar cukai keluar bagi pada mereka.
link from :http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/2009/02/apa-pendapat-anda.html
